Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Saturday, April 30, 2011

Lindungi Data Gajet Digital

Assalamualaikum.


Hai pembaca semua.


Kita sebagai isteri dan ibu kebanyakannya tidak pandai sangat untuk mengendalikan gadet digital ni.

Jadi, jom usha ni..





TIDAK semua antivirus hari ini berjaya mengekang manipulasi dalam mendapatkan data peribadi.


UMUM mengetahui kepentingan melindungi data khususnya maklumat peribadi ketika menggunakan internet. Pengguna komputer, baik di rumah mahupun di pejabat kini lebih berwaspada hasil kempen kesedaran terhadap kepentingan menjaga maklumat peribadi atau syarikat.

Bagaimanapun, risiko dan cabaran dalam memelihara integriti data berubah mengikut arus perubahan masa dan teknologi.


Antivirus

Selain daripada tahap kesedaran yang semakin tinggi, teknologi aplikasi turut menyumbang dalam mengekang unsur-unsur berisiko terhadap pengguna. Antivirus kini lebih sensitif dan bukan sahaja mampu mengimbas kehadiran virus tetapi, juga ancaman lain seperti trojan, spyware dan pelbagai lagi.

Begitupun, tidak semua ancaman terhadap keselamatan maklumat melibatkan teknologi canggih. Teknik kejuruteraan sosial misalnya, penjenayah siber hanya perlu memperdayakan mangsa bagi membolehkan mereka mendapat maklumat peribadi yang tidak sepatutnya diberikan kepada pihak ketiga.
 <!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "c844706c31390babbf49e69cf9fb3ace";
document.write('<scr' + 'ipt type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></scr' + 'ipt>' );
</script>
<!-- nuffnang-->

Friday, April 29, 2011

Haram Gugur Janin 120 Hari



Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.

BOLEHKAH kandungan janin digugurkan kerana berlaku kecacatan pada janin tersebut?
JAWAPAN: Setiap manusia pastinya mempunyai fitrah untuk berkeluarga. Dengan berkeluarga kita telah menyempurnakan sebahagian daripada agama dan mengimpikan zuriat sebagai penerus legasi keturunan.

Namun begitu, ramai manusia melakukan perkara yang bertentangan dengan peraturan Allah apabila menggugurkan kandungan dengan alasan kerana masih belum bersedia dari segi fizikal, mental dan kewangan. Bagi muslim yang beriman, Allah memberikan peringatan dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka” – ( al-An'am : 151)
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "c844706c31390babbf49e69cf9fb3ace";
document.write('<scr' + 'ipt type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></scr' + 'ipt>' );
</script>
<!-- nuffnang-->

Warga emas 82 tahun dapat lesen memandu

Assalamualaikum.


Hai pembaca semua.


ABDULLAH menunjukkan replika lesen memandu percubaan yang diperolehnya pada majlis penutup program SKSJ di SK Sri Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat semalam.


TUMPAT – Seorang warga emas berusia 82 tahun dari Kampung Tujuh di sini merupakan antara 472 individu berusia lebih 50 tahun yang mendapat lesen memandu percubaan (P) motosikal B2 selepas mengikuti ujian memandu anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama tiga bulan menerusi program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ).

Abdullah Che Ibrahi yang mempunyai 20 cucu ketika berkongsi kegembiraannya berkata, dia tidak menyangka akan mendapat lesen P selain menjadi peserta tertua pada program berkenaan yang dilaksanakan bermula Februari lalu.

“Bagi saya, ini adalah lesen paling besar pernah saya dapat sejak menunggang motosikal hampir 32 tahun lalu.

“Bukan saya sengaja tidak mahu ambil lesen tetapi disebabkan tidak tahu membaca, ia membataskan saya untuk cuba mendapatkan lesen memandu,” katanya selepas menerima lesen pada majlis penutup program SKSJ di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Neting, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my






Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.



Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan