Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Wednesday, March 23, 2011

korea

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.

Musim dingin Kota Seoul menenangkan

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian. com.my




Majoriti penduduk mengambil peluang bercuti dan mengunjungi sauna

KETIKA kaki melangkah keluar dari perkarangan Lapangan Terbang Incheon, Seoul Korea Selatan angin kering sejuk menyerbu muka membuatkan pipi berasa kebas dan bertukar merah.

Bagi mereka yang datang dari negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia, musim sejuk sememangnya antara kelainan yang dicari di negara empat musim seperti Korea.



Pertama, kerana pemandangan musim dingin yang menenangkan dan kedua tentunya kerana teringin melihat salji memutih yang tiada di tempat sendiri.

Saat menerima pelawaan Datuk Bandar Seoul untuk mempromosikan kota metropolitan itu sebagai destinasi percutian menarik di Asia, penulis diberitahu, musim sejuk di Korea Selatan ‘hidup’ dengan dekorasi Krismas dan jualan koleksi musim sejuknya.

Penduduknya juga gemar menghabiskan cuti hujung tahun dengan bermain ski atau bermalas-malasan di pusat sauna. Benar seperti dikata, ketika berpeluang merasai budaya masyarakat Korea ke sauna, pengunjung penuh sehingga kami terpaksa beratur panjang untuk masuk.


SUASANA romantik di kaki lima pusat beli-belah.
Di dalamnya dipenuhi manusia yang ingin lari daripada angin sejuk yang mengeringkan kulit. Semua bergelimpangan berbaring di atas lantai panas sambil menonton televisyen, ada yang berbual santai dan ada juga yang tidur lena.

Selepas melalui tempoh enam jam perjalanan ke Seoul menaiki Korean Air, rombongan disertai wakil media dari Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan dibawa ke Grand Hyatt Seoul untuk melepaskan lelah.

Hari pertama, banyak masa dihabiskan melawat muzium sekitar kota Seoul. Peluang ke Muzium Teddy Bear yang terletak di TowerN Seoul, Bukit Namsan sememangnya antara kenangan paling indah untuk kami semua.

Muzium Teddy Bear

Walaupun baru dibuka kepada orang ramai tapi garapan moden melalui penggunaan patung beruang comel yang dipakaikan Hanbook (pakaian tradisi masyarakat Korea) benar-benar membantu pelancong mempelajari budaya orang Korea dengan mudah dan menyeronokkan.

Bayaran masuk ke Muzium Teddy Bear hanya 8,000 won (RM21) untuk orang dewasa, 6,000 won (RM16) remaja dan 4,000 (RM10) untuk kanak-kanak. Selain berpeluang melihat gelagat patung beruang yang comel di situ, pelancong juga boleh menikmati pemandangan indah kota Seoul dari MenaraN Seoul berketinggian 236.7 meter.

Pemandangan musim sejuk di Seoul terutama di waktu malam memang indah dengan lampu bergantungan berwarna-warni memenuhi segenap tempat. Malam ketiga kami di Seoul, salji putih seperti kapas berterbangan turun menyebabkan kami semua terpegun.

Menurut Pengarah Pemasaran Global Kerajaan Seoul, Young-Seok Yoon, mereka beruntung kerana salji itu adalah yang pertama turun musim dingin kali ini.

“Disebabkan pemanasan global, salji mulai berkurangan dan tahun lalu, kota Seoul dituruni salji hanya enam hari saja. Kerana itu saya katakan anda semua bertuah,” katanya.

Selain berpeluang mempelajari budaya dan tradisi Korea yang terkenal dengan pusat taekwando dunia dan agama Buddha, kami juga berpeluang mengenali dan menikmati makanan Korea yang pedas-pedas belaka.





  
Bibimbap

Bibimbap iaitu makanan tradisional Korea berupa nasi dimasak di dalam periuk besi panas dan digaul bersama sayur-sayuran serta sos pedas, kimchi (kubis jeruk pedas), sup nasi, sup biji teratai dan pelbagai lagi makanan pedas benar-benar menggoda selera.

 budae jjigae macam megi jer kita tengok.


 Jjigae. MAKANAN pedas dan panas jadi pilihan masyarakat Korea ketika musim sejuk.    
Pelbagai jenis juadah Korea

Bagaimanapun, bagi yang beragama Islam, makanan halal agak sukar didapati tapi jangan risau kerana di sini banyak makanan vegetarian dan anda pasti tidak rugi kerana masakan Korea memang sedap.


Jika berpeluang melancong ke Korea, jangan lupa menonton teater komedi penuh aksi pertahanan diri menggabungkan kemahiran taekwando, akrobatik dan gimnastik dengan kareografi yang memukau tanpa suara, Jump.

Atau paling tidak, kunjungi dataran di hadapan Majlis Perbandaran Seoul yang bertukar menjadi gelanggang lungsur ais hanya di musim sejuk untuk merasai nikmat sebenar musim dingin di kota Seoul.

Info


Bendera Korea dipanggil ‘Taegeukgi’ di dalam bahasa Korea. Ia simbol prinsip yin dan yang di dalam falsafah oriental.

Korea atau turut digelar ‘Negara Pagi yang Tenang’ (Land of the Morning Calm)

Mempunyai keluasan 99,200 kilometer persegi dengan populasi penduduk seramai 48.9 juta.

70 peratus daripada republik itu terdiri daripada gunung-ganang menyebabkan ia dikenali sebagai antara negara bergunung di dunia.



Bagaimana ke sana?

Penerbangan Malaysia (MAS) menyediakan lima penerbangan terus ke Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan setiap minggu. Korean Air juga turut bekerjasama dengan MAS menyediakan penerbangan terus ke Korea.

__._,_.___
Jom pi Korea. Pulau Jeju. Winter Sonata..


Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

2 comments:

shamyheart said...

Cantikla negara Korea ni..

Ramziah Mangsor said...

a ah, cantik.. jom pegi Korea..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan