Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Sunday, August 28, 2011

Dapat Doodle Untuk Raya-Korang Ada Tak?

Assalamualaikum.

Hai-hai pembaca semua.

Nampak tak kat bawah tu apa?

Yeah, ada doodle untuk raya.. Suka.

Ini ambik dari Soly. Klik sini kalau nak ambik juga, ada pilihan, lelaki dan perempuan. Siap ada warna baju lagi. Cantik la.


Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Friday, August 26, 2011

3 Tips Persiapan Raya Yang Berbaloi-baloi

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.


Raya dah nak dekat, dah buat persiapan?

Seelok-eloknya kita buat persiapan awal, takut nanti kalang kabut.

Aku nak sentuh pasal persiapan raya.

Ada 3 P yang perlu diketahui. Aku dengar masa siarang Wanita Hari Ini (TV3) bebaru ni.


1. Pakaian baru

Aku tak tau la sunnnah ke apa. Tapi seoloknya ada sediakan pakaian baru sebab nak menggambarkan fitrah Ramadhan yang mana ianya untuk menyuci dosa. Selain itu, apabila dipakai pakaian baru pada aidil fitri ia melambangkan suci seperti orang baru –bayi yang tidak berdosa.


2. Padan

Ukur baju di badan sendiri. Padan ini merujuk kepada kedudukan ekonomi dan berapa yang diperuntukkan kepada belanja persiapan hari raya. Jangan amalkan biar papa, asal bergaya ya. Kang tak pasal-pasal lepas rasa pening kepala fikir macam mana nak survive. Haha~


3.  Priority

Yang ni pun penting. Pentingkan apa yang penting daripada pentingkan apa yang tak penting. Haha~ Faham tak? Kalau baju anak lebih penting, belikan dahulu. Kalau duit minyak dan tol lebih penting, beri perhatian untuk asingkan dahulu wang tersebut. Bimbang terbelanja semua kalau tak asingkan.


Semoga tips ini memberi manfaat kepada semua.

Ada komen tak? Komen la sikit




Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Korang Komen, Aku Terharu-Terima Kasih

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.


Apa khabar?

Minta maaf, lama tak up date. Demam teruk sampai tak boleh nak bangun. Kerja pun ambik MC.

Aku nak terus ke point. Terima kasih kepada mereka yang sudi singgah, jadi follower dan komen blog aku yang tak seberapa ini.

Aku hargai sangat. Korang la yang akan aku jalan-jalan ke blog (blogwalking) dan komen entri.

Aku terkejut dan rasa terharu sebab ada jugak blogger otai dan hebat sudi singgah ke blog aku yang masih baru dan rasanya masih baby. Tak pandai lagi nak buat entri dan masih tak jelas hala tuju dalam dunia blog ni.

Dengan kehadiran korang yang sudi mahu berkawan dengan aku, semoga aku akan lebih kuat dalam dunia blog ini dengan sokongan korang dan terima kasih sudi menyayangi diriku.

P/s: Eqbalzack komen kat entri blog ini. Terkejut dan terharu. Dia ni boleh kata artis blog la. Masuk newpaper, majalah. Student PHD. Terima kasih.

Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Saturday, August 20, 2011

Gambar Yang Melarang Kita Buat-Jom Tengok

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.

Aku nak kongsikan dengan korang satu gambar yang aku jumpa.





 Kredit to http://akusobriyaacob.blogspot.com/2011/08/ramadhan-high-way-code.html


Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Friday, August 19, 2011

Bulan Untuk Ujian.

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.

Bulan puasa ni bukan setakat diikat syaitan iblis tapi jugak bulan untuk ujian kepada hamba-hambanya.

Sabar je la. Pertingkatkan iman.

Sabar itu separuh dari iman.

Iman. Iman yang sepinis kulit bawang ini akan ku pertahankan.

Sabar? Ya, aku akan sabar. Sabar menempuh ujian dari-NYA.


Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

3 Hal Kehidupan Yang Penting




Assalamualaikum.

Aku kongsikan sedikit kata-kata untuk kalbu. Hehe~ Skemanya..

Jom-jom baca.



Sahabatku, ada 3 hal yang tak pernah kembali:
1. Waktu
2. Perkataan
3. Kesempatan

Ada 3 hal yang menghancurkan kehidupan kita:
1. Kemarahan
2. Kesombongan
3. Dendam, iri, dengki.

Ada 3 hal yg tak boleh hilang dr kehidupan kita:
1. Cinta kasih
2. Keluarga
3. Sahabat

(Credit: Ceramah Masa Kini)

So, apa komen?

Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Thursday, August 18, 2011

3 Impian dalam Blogging

Assalamualaikum.

Nak kongsikan dengan korang.

Aku ni siapa? Blogger yang tak ada nama. Ya, aku tahu tu. Tapi korang tahu ke siapa di sebalik aku ni? Haha~ Mesti korang pening.

Meh aku jelaskan.. Dia ni sebenarnya seorang blogger yang agak disegani la. Tak la sehebat nama besar dalam dunia blog, cuma adalah terkenal sikit-sikit berbanding dengan aku ni. Kalau sebut nama dia mungkin bersepah orang pernah dengar. Tapi dia tak bagi aku sebutkan namanya.

Kalau korang ada add facebook, korang akan tahu la siapa dia sebenarnya.

Kita tinggalkan dulu dia yang misteri nusantara tu. Kita beralih kepada impianku dalam blog ni.


1. Seribu follower

Aku nak capai 1000 (seribu) orang follower dalam masa terdekat. Tapi aku tak kan buat 'i follow u, u follow i'.

Aku tak nak la follower  yang singgah je tapi tak menginap. Maksudku, just klik butang follow then hilang entah ke mana.

Aku nak bina networking. Jom jadi kawan aku..


2. Menjana ekonomi

Menjana ekonomi aku la. Tapi aku tak kan buat sesuatu yang haram. Korang tahu tak, kalau kita sengaja atau suruh orang lain klik iklan adalah haram. Haram sebab kita dah mungkir kontrak. Kan kita dah tanda tangani perjanjian dengan Nuffnang.

Kalau klik sendiri tu, adalah fraud click. Fraud sendiri dah bermaksud menipu. So, menipu haram la..

Aku nak menjana ekonomi ni kena la cari traffik. Macam mana nak cari trafik? Ada la caranya. Rasanya perlu ditulis dalam entri lain. Hehe~


3. Rujukan

Ui, tinggi kan impianku? Sekurang-kurangnya blog aku dapat jadi panduan kepada orang lain. Semoga apa-apa yang aku kongsikan dalam blog ni dapat jadi rujukan kepada yang lain. Aku tak la sepandai mana dan tak la banyak ilmu di dada. Banyak lagi kena cari. Tapi, tak salah kan kalau aku kongsikan apa yang aku tahu.



So far itu sahaja yang aku impikan untuk blog ni. Yang lain, belum terfikir. Ok, sampai di sini dahulu.



Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua. Kali ni nak join jugak segment ni. Moga-moga follower dan readers pun bertambah.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1)Follower Blog -DONE
 
2)Copy BANNER -HERE


3) Paste kan ke dalam entri yang korang buat bertajuk 
" Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "


4) Di dalam entri itu haruslah ada : 
  •  Nama               : Ramziah
  • Hobi korang      : membaca

5) Dah siap,tinggalkan LINK korang...  Senang kan?


6) Korang ada kebebasan untuk 
TAG kawan-kawan (pastikan mereka tahu ya)
-TAK TAU NAK TAG SAPE. TAK DE KAWAN LAGI, MASIH BARU.

7) Tujuan Segmen: 

Untuk meningkatkan jumlah follower 500 kebawah sahaja (500 ke atas,sori eh) dan memeriahkan  blog korang sempena bulan puasa,kemerdekaan dan lebaran ini dengan tetamu yg hadir.. Tambahan pula, para blogger dapat jugak bertukar-tukar hobi sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
   
           Follower ada 40+ followers saja...Kesian kan? Tapi tak pe, kite masih baru lagi.
*cadang nak dapatkan follower 1000, boleh ke? Hehe~

Tapi, tak nak la buat 'i follow u, u follow i'. Kite nak orang membaca entri, bukan sekadar follow.


8) Apabila tamat penyertaan,AA akan mempromosi setiap blog di dalam ENTRI KHAS...

9) 
Tarikh tutup penyertaan : 22 OGOS 2011

Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Tiga Alasan Jerawat tu Sweet Ada

Assalamualaikum.


Jerawat? Biasa la itukan  tandanya seseorang itu telah mencapai tahap er, individu berubah kepada umur remaja. Pengeluaran minyak dan hormone. Eh, macam pakar kesihatan pula apabila berbicara begitu. Hehe~ Sekadar teringat apa yang dibelajari di bangku sekolah. Oh, rindunya nak go back to scholl.

Berbalik kepada topic yang ingin dibicarakan.


1. Jerawat tu tanda dah matang

Erk! Malas nak berbicara pasal ni. Korang faham-faham la sendiri. Ingat nak kupas dari segi sains tapi Karang kurang pahala, kang. Haha~


2. Jerawat tu eksesori muka

Ha, jangan tak tau, jerawat juga hiasan jugak.

Ana: Jerawat la muka ni, malu..
Bazli: Nak malu apa, jerawat tu kan eksesori. Hehe~

Ana: Hampeh ko..
Bazli:  Haha~ Okay apa. Manis berjerawat. Kah kah.

Ana: Nasib baik ko puji aku. Sejuk sikit hatiku.. Haha~


3. Jerawat tu kan lambang bulan yang berseri-seri

Korang tengok bulan, kan? Berseri-seri kan? Bak bulan dipagar bintang. Jadi, janganlah bersedih hati kalau Korang ada jerawat. Kan menambah seri muka korang lagi.

Cukup la dengan tiga alasan yang aku bagi tu. Otak dah blank bulan-bulan Puasa ni.

Apa komen korang?


Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Minta Maaf, Tumpang Tanya Kat Mana Ya?

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua, buat apa tu? Memasak ke kena masak? Haha~

Jom-jom baca ayat yang awesome ni.

A bertanya kepada B.

A : Maaf , tumpang tanya. Lorong CINTA jalan SAYANG, kampung RINDU daerah KASIH SAYANG, pekan HATI, bandar I MISS U kat mana ye ?

B : Encik jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan, kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . Haa tu tandanya encik berada di jalan betul. semoga selamat sampai!

Sumber: diarihati

Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Spontaneous Thursday

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.

Aku masuk Spontaneous Thursday. Apa tu? Ianya apa-apa sahaja yang korang rasa spontan..



Jom-jom tengok pic kat bawah ni.

Jom-jom rebut jawatan kosoang ni.
*Kalau tak nampak, sila klik gambar ye..


Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Ramadhan Yang Terakhir - Ya Kah Kita Takkan Bertemu Ramadhan Lagi?



Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.

Ramadhan tiba lagi.

Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta erti.

Ramadhan yang datang ini, jangan kita persiakan..

Sekarang sudah di pertengahan bulan yang penuh berkat dan mulia, apakah ianya membawa sejuta erti dan keinsafan kepada kita?

Anggap lah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir kepada kita. Aku ada dengar beberapa kematian sebelum dapat merasai bulan penuh berkat ini. Sayang, bukan?

Jadi, kita akan tahukah bilanya ajal kita? Kalau tahu pun mesti 100 hari sahaja. Bukannya setahun. (Mengikut ilmu aku yangg cetek ni la. Kalau tak betul, bagitau ya).

Tak takutkah kita kepada soalan-soalan malaikatnya?
Uii, takut aku untuk membayangkan.

Ya ALLAH, hamba-MU ini banyak dosa. Tapi tak reti-reti untuk bertaubat kepada-MU. Ya ALLAH, berikanlah kami hidayah dan maghrifah-MU kepada kami, hamba-hamba-MU yang lemah. Amin, ya rabbal alamin..

Sama-samalah kita renungkan..



Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan