Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Saturday, April 30, 2011

Lindungi Data Gajet Digital

Assalamualaikum.


Hai pembaca semua.


Kita sebagai isteri dan ibu kebanyakannya tidak pandai sangat untuk mengendalikan gadet digital ni.

Jadi, jom usha ni..





TIDAK semua antivirus hari ini berjaya mengekang manipulasi dalam mendapatkan data peribadi.


UMUM mengetahui kepentingan melindungi data khususnya maklumat peribadi ketika menggunakan internet. Pengguna komputer, baik di rumah mahupun di pejabat kini lebih berwaspada hasil kempen kesedaran terhadap kepentingan menjaga maklumat peribadi atau syarikat.

Bagaimanapun, risiko dan cabaran dalam memelihara integriti data berubah mengikut arus perubahan masa dan teknologi.


Antivirus

Selain daripada tahap kesedaran yang semakin tinggi, teknologi aplikasi turut menyumbang dalam mengekang unsur-unsur berisiko terhadap pengguna. Antivirus kini lebih sensitif dan bukan sahaja mampu mengimbas kehadiran virus tetapi, juga ancaman lain seperti trojan, spyware dan pelbagai lagi.

Begitupun, tidak semua ancaman terhadap keselamatan maklumat melibatkan teknologi canggih. Teknik kejuruteraan sosial misalnya, penjenayah siber hanya perlu memperdayakan mangsa bagi membolehkan mereka mendapat maklumat peribadi yang tidak sepatutnya diberikan kepada pihak ketiga.
 <!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "c844706c31390babbf49e69cf9fb3ace";
document.write('<scr' + 'ipt type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></scr' + 'ipt>' );
</script>
<!-- nuffnang-->

Maklumat ini kemudiannya akan digunakan bagi mendapatkan akses tertentu seperti kata laluan menggunakan kaedah Terlupa 

Kata Laluan dan seterusnya menggunakan maklumat peribadi tadi sebagai verifikasi identiti.

Waspada guna gajet mobil

Apabila satu akses telah diperoleh, maka langkah-langkah seterusnya menjadi semakin mudah untuk mendapatkan akses yang lain.

Keghairahan menggunakan gajet digital juga boleh mengakibatkan kebocoran maklumat sekiranya langkah memeliharanya tidak diambil. Ini kerana segala maklumat atau data yang tersimpan di komputer, turut diguna dan disimpan pada gajet digital bagi membolehkan ia diakses dari mana-mana.

  1. Pengguna komputer riba, tablet dan telefon pintar perlu memastikan gajet mereka sentiasa bersama mereka dan tidak dibiarkan di tempat umum.
  2. Sekiranya anda terpaksa meletakkan beg yang mengandungi gajet di lantai ketika berada di lapangan terbang atau di kaunter pendaftaran hotel, pastikan ia sentiasa berada di sisi bagi mengelakkan ia dicuri.
  3. Jangan sesekali meletakkan gajet anda bersama-sama bagasi daftar masuk atau menyimpannya di ruang simpanan di bahagian atas pesawat kerana ia berisiko dicuri.
  4. Pastikan gajet tidak disimpan di dalam lokar awam kerana ia merupakan sasaran mudah penjenayah. 
  5. Apabila memandu dan perlu berhenti untuk berehat atau minum di hentian rehat, pastikan gajet turut dibawa bersama dan jangan sekali-kali meninggalkan di dalam kereta.
  6. Ini kerana penjenayah berteknologi tinggi menggunakan pengimbas gelombang radio yang mampu mengesan kehadiran perkakasan elektronik di dalam kereta.
  7. Akhir sekali, bagi melindungi data di dalam gajet, gunakan aplikasi sekuriti yang mampu melakukan enkripsi terhadap data disimpan pada komputer riba, iPad mahupun telefon pintar.

Ia juga merangkumi data yang disimpan pada storan luaran seperti pemacu USB dan cakera keras luaran, kerana sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kecurian, data dimiliki masih terpelihara serta tidak akan jatuh ke tangan mereka tidak bertanggungjawab.


Sumber: KosmoOleh KHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN
rencana@kosmo.com.my



Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.


Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

1 comment:

sha said...

ooo, begitu.. jom jaga barangan digital kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan