Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Wednesday, April 6, 2011

Bot pesiaran milik Abramovich RM1.3b

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.



LONDON: Ia adalah bot pesiaran peribadi terbesar pernah dibina, lengkap dengan sistem pengesan peluru berpandu, dua landasan mendarat helikopter, spa mewah, kolam renang dan sebuah kapal selam kecil.

Bot berkenaan, Eclipse (gambar), sepanjang 170 meter adalah lambang baru kekayaan bilionair Russia, Roman Abramovich.

Bot yang dibina di Hamburg, Jerman itu dikatakan bernilai RM1.3 bilion.

Kehebatan bot itu menarik perhatian ramai orang ketika ia belayar meninggalkan limbungan Blohm & Voss.
Untuk memastikan pemiliknya selamat, Eclipse dilengkap dengan sistem pertahanan peluru berpandu seperti yang digunakan dalam kapal tentera laut.
Kamar Abramovich dan tingkap sekelilingnya pula kalis peluru.

Terdapat juga kapal selam peribadi yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri jika bot pesiaran itu diserang.


Menurut pakar industri, Eclipse direka khusus untuk mengatasi bot pesiaran sepanjang 160 meter milik pemerintah Dubai, Sheikh Mohamad bin Rashid Al Matoum.

Abramovich, pemilik kelab bola sepak Chelsea dan orang ke-11 paling kaya di dunia mengikut majalah Forbes, mempunyai tiga bot pesiaran lain. - Agensi


Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Tuesday, April 5, 2011

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.

Mangsa rogol 3,000 kali jatuh cinta





LONDON - Mangsa sumbang mahram, Elisabeth Fritzl kini tinggal sebumbung dengan pengawal peribadinya setelah jatuh cinta dengan lelaki tersebut, lapor sebuah akhbar Austria semalam.
Elisabeth, 42, dikurung dan dirogol bapanya, Josef Fritzl selama 24 tahun dalam kolong rumah mereka di Amstetten sehingga melahirkan enam anak.

Wanita itu dipercayai jatuh cinta dengan pegawai yang dikenali sebagai Thomas W itu sebaik dibebaskan dari kurungan.

Satu sumber memberitahu akhbar The Oesterreich, Elisabeth dan Thomas kini 'satu pasangan.'

"Semua pihak nampak Elisabeth berasa selamat dalam jagaan Thomas," kata satu sumber.

Elisabeth yang mula dikurung ketika berumur 18 tahun dipercayai dirogol lebih 3,000 kali oleh bapanya.
Kisah Elisabeth terbongkar setelah anaknya Kerstin, 19, terpaksa dihantar ke hospital kerana jatuh sakit. - Agensi
Orang putih ni macam-macam..

Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

Monday, April 4, 2011

Wanita China elak rogol didakwa 'melampau'

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.


BEIJING - Polis China berkata, seorang wanita bertindak 'melampau' semasa mempertahankan dirinya daripada satu serangan seksual yang menyebabkan kematian penyerang yang merupakan seorang pegawai tempatan, lapor media negara hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Deng Yunjiao, 21, menggunakan 'kekerasan melampau' apabila menikam dua pegawai, seorang daripadanya maut selepas mereka cuba merogolnya di sebuah spa dekat daerah Badong, wilayah Hubei.

Kes tersebut mendapat liputan meluas media kebangsaan selain menjadi subjek yang sangat diminati di blog-blog di Internet, di mana reaksi utama terhadap insiden itu adalah kejutan ekoran tindakan liar dan cara hidup tidak berakhlak para pegawai China.

Laporan akhbar itu menyebut, Yunjiao yang bekerja sebagai pelayan, disiasat kerana membunuh pegawai daerah Badong, Deng Guida pada 10 Mei lalu, yang dikatakan menyerangnya di spa Dream Town dan bar karaoke di samping cuba merogolnya.

Jelas laporan tersebut, walaupun wanita itu ditahan atas dakwaan membunuh, dia bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin minggu lalu dan masih belum didakwa. Polis minggu lalu mengetepikan dakwaan bahawa dia telah dirogol.

Yunjiao mendapat simpati banyak pihak dan dianggap sebagai hero oleh media, sementara peguam yang mewakilinya menegaskan wanita tersebut membunuh kerana mempertahankan diri dan dia tidak patut dihukum.

Masih belum jelas sama ada kenyataan polis yang mengatakan pelayan itu bertindak melampau dalam mempertahankan diri bermaksud dia akan dihukum sebagai penjenayah.

Xinhua melaporkan, seorang lagi penyerang wanita berkenaan, Huang Dezhi, 41, yang turut ditikam telah dibuang kerja sebagai pegawai perbandaran dan dibuang daripada parti pemerintah, Parti Komunis.

Laporan yang sama menyebut, Dezhi turut berdepan dakwaan jenayah berkaitan ketenteraman awam.

Menurut satu kenyataan polis, pegawai ketiga dengan nama keluarga Deng, 45, yang bersama dua suspek utama semasa serangan tersebut, turut dipecat daripada jawatannya, namun tidak akan didakwa dengan tuduhan jenayah.

Ketiga-tiga individu dalam insiden ini dengan nama keluarga Deng tidak mempunyai kaitan kekeluargaan.

Xinhua melaporkan, tindakan keras oleh polis telah diarahkan di wilayah Hubei bagi membanteras aktiviti pelacuran, perjudian dan dadah di kawasan-kawasan hiburan dekat daerah itu. - AFP


Ha, kan dah buka isu lain.. Padan muka mereka.. Haha~


Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan