Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Monday, April 4, 2011

Wanita China elak rogol didakwa 'melampau'

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.


BEIJING - Polis China berkata, seorang wanita bertindak 'melampau' semasa mempertahankan dirinya daripada satu serangan seksual yang menyebabkan kematian penyerang yang merupakan seorang pegawai tempatan, lapor media negara hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Deng Yunjiao, 21, menggunakan 'kekerasan melampau' apabila menikam dua pegawai, seorang daripadanya maut selepas mereka cuba merogolnya di sebuah spa dekat daerah Badong, wilayah Hubei.

Kes tersebut mendapat liputan meluas media kebangsaan selain menjadi subjek yang sangat diminati di blog-blog di Internet, di mana reaksi utama terhadap insiden itu adalah kejutan ekoran tindakan liar dan cara hidup tidak berakhlak para pegawai China.

Laporan akhbar itu menyebut, Yunjiao yang bekerja sebagai pelayan, disiasat kerana membunuh pegawai daerah Badong, Deng Guida pada 10 Mei lalu, yang dikatakan menyerangnya di spa Dream Town dan bar karaoke di samping cuba merogolnya.

Jelas laporan tersebut, walaupun wanita itu ditahan atas dakwaan membunuh, dia bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin minggu lalu dan masih belum didakwa. Polis minggu lalu mengetepikan dakwaan bahawa dia telah dirogol.

Yunjiao mendapat simpati banyak pihak dan dianggap sebagai hero oleh media, sementara peguam yang mewakilinya menegaskan wanita tersebut membunuh kerana mempertahankan diri dan dia tidak patut dihukum.

Masih belum jelas sama ada kenyataan polis yang mengatakan pelayan itu bertindak melampau dalam mempertahankan diri bermaksud dia akan dihukum sebagai penjenayah.

Xinhua melaporkan, seorang lagi penyerang wanita berkenaan, Huang Dezhi, 41, yang turut ditikam telah dibuang kerja sebagai pegawai perbandaran dan dibuang daripada parti pemerintah, Parti Komunis.

Laporan yang sama menyebut, Dezhi turut berdepan dakwaan jenayah berkaitan ketenteraman awam.

Menurut satu kenyataan polis, pegawai ketiga dengan nama keluarga Deng, 45, yang bersama dua suspek utama semasa serangan tersebut, turut dipecat daripada jawatannya, namun tidak akan didakwa dengan tuduhan jenayah.

Ketiga-tiga individu dalam insiden ini dengan nama keluarga Deng tidak mempunyai kaitan kekeluargaan.

Xinhua melaporkan, tindakan keras oleh polis telah diarahkan di wilayah Hubei bagi membanteras aktiviti pelacuran, perjudian dan dadah di kawasan-kawasan hiburan dekat daerah itu. - AFP


Ha, kan dah buka isu lain.. Padan muka mereka.. Haha~


Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

2 comments:

Unknown said...

polis memang cam tu.. pompuan tu bernasib baik ramai yang bersimpati kat dia.. cuba kalau keadan memihak kepada polis tu.. kompem akan terjadi lagi bende cam ni..

shamyheart said...

isk, teruk la.. apa la diorang ni.. buatla kerja betul2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan