Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Thursday, August 18, 2011

3 Impian dalam Blogging

Assalamualaikum.

Nak kongsikan dengan korang.

Aku ni siapa? Blogger yang tak ada nama. Ya, aku tahu tu. Tapi korang tahu ke siapa di sebalik aku ni? Haha~ Mesti korang pening.

Meh aku jelaskan.. Dia ni sebenarnya seorang blogger yang agak disegani la. Tak la sehebat nama besar dalam dunia blog, cuma adalah terkenal sikit-sikit berbanding dengan aku ni. Kalau sebut nama dia mungkin bersepah orang pernah dengar. Tapi dia tak bagi aku sebutkan namanya.

Kalau korang ada add facebook, korang akan tahu la siapa dia sebenarnya.

Kita tinggalkan dulu dia yang misteri nusantara tu. Kita beralih kepada impianku dalam blog ni.


1. Seribu follower

Aku nak capai 1000 (seribu) orang follower dalam masa terdekat. Tapi aku tak kan buat 'i follow u, u follow i'.

Aku tak nak la follower  yang singgah je tapi tak menginap. Maksudku, just klik butang follow then hilang entah ke mana.

Aku nak bina networking. Jom jadi kawan aku..


2. Menjana ekonomi

Menjana ekonomi aku la. Tapi aku tak kan buat sesuatu yang haram. Korang tahu tak, kalau kita sengaja atau suruh orang lain klik iklan adalah haram. Haram sebab kita dah mungkir kontrak. Kan kita dah tanda tangani perjanjian dengan Nuffnang.

Kalau klik sendiri tu, adalah fraud click. Fraud sendiri dah bermaksud menipu. So, menipu haram la..

Aku nak menjana ekonomi ni kena la cari traffik. Macam mana nak cari trafik? Ada la caranya. Rasanya perlu ditulis dalam entri lain. Hehe~


3. Rujukan

Ui, tinggi kan impianku? Sekurang-kurangnya blog aku dapat jadi panduan kepada orang lain. Semoga apa-apa yang aku kongsikan dalam blog ni dapat jadi rujukan kepada yang lain. Aku tak la sepandai mana dan tak la banyak ilmu di dada. Banyak lagi kena cari. Tapi, tak salah kan kalau aku kongsikan apa yang aku tahu.



So far itu sahaja yang aku impikan untuk blog ni. Yang lain, belum terfikir. Ok, sampai di sini dahulu.



Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

9 comments:

Wanie said...

semoga impian akak tercapai..:)

kena rajin singgah blog orang lain, insyaallah boleh tercapai dalam mase yg cepat..

Abu Bagi said...

wah happy blogging..sgt mesteri nusantara di situ hehehehe..
yg penting jgn stress2 sbb blog..nice entry btw.

Ramziah Mangsor said...

Wanie: TQ..Amin =)

mcm tu ya? Selalu singgah blog orang lain.. ok, akan dipraktikal =)

Ramziah Mangsor said...

Abu: Terima kasih (ala iklan megi Sedaap). Hehe~

Ok, no stress.

Jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri.. Hehe~

TQ

Rean said...

i wish u goodluck! iMBobo sentiasa support! hehe :)

radsmil said...

buat entri yang best ekk^^

Ramziah Mangsor said...

imBobo: TQ sudi support =)

Ramziah Mangsor said...

radmil: susah tu.. ajar boleh? =)

zavannahocasio said...

Betway Mobile App Download & Install for Android and iOS - JT Hub
There are many 경상북도 출장안마 ways to play 하남 출장안마 Betway mobile for Android and iOS mobile, which is by far the most popular 김해 출장마사지 app for many 김해 출장샵 sports bettors. 익산 출장마사지

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan