Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Friday, February 25, 2011

Internet semakin mencabar kedudukan kedai buku ternama

Hi..


Jom baca ni. Hehe~




2011/02/25
MELUANGKAN masa sepuas-puasnya di sesebuah kedai buku adalah antara keghairahan yang selalu dikaitkan dengan penghayatan budaya ilmu. Penggemar buku bukan saja tekun membelek halaman buku berjam-jam lamanya, sebelum mengambil keputusan membeli buku yang kadangkala mencecah ribuan ringgit harganya.


Itulah yang membuatkan saya teruja ketika berada di Harvard Coop di Cambridge MA minggu lalu. Dalam kesejukan musim dingin di bawah 0 darjah Celcius, berada dalam kedai sedemikian memang menghangatkan azam untuk memburu bahan ilmu, sekali gus menenangkan. Memang mengasyikkan.
 






Ada tiga sebab saya sering mengunjungi Harvard Coop setiap kali ada kesempatan ke Massachusetts, Amerika Syarikat.

Pertama, Harvard Coop mempunyai koleksi buku, majalah dan jurnal antara yang terbaik dalam bidang yang saya minati iaitu falsafah, alam sekitar, pelestarian, pentadbiran dan pentadbiran perniagaan.


Kedua, suasana kedai bukunya begitu mesra-sarjana. Buku dan bahan bacaan disusun sedemikian rupa membolehkan pengunjung melihat tajuk dan membelek tajuk buku dengan mudah. Kemudahan mencari bahan yang diperlukan juga mudah bukan saja menerusi pembantu jualan yang ramah, malah komputer yang disediakan.


Ketiga, kedai buku itu mempunyai kafe besar untuk membolehkan pengunjung duduk, membelek halaman buku sambil menghirup kopi beraroma sebelum membuat keputusan membeli sesebuah karya. Kadangkala ada juga pengunjung berbincang sesebuah karya dengan pengunjung lain.



Minggu lalu, saya berkesempatan tiga kali ke Harvard Coop tidak kurang tiga jam setiap kali. Selepas memilih kira-kira 10 buku, saya segera membawa buku itu ke kafe. Dengan berbekalkan secawan coffee latte grande, saya segera mencari tempat duduk untuk membelek semua buku berkenaan.


Biasanya selepas memutuskan buku yang hendak dibeli, saya akan terus menikmati secawan kopi lagi sambil memerhati keadaan sekitar, atau sekadar melayan kenakalan mata menjeling gadis-gadis genit Harvard menjilat ais krim atau menghirup cappuccino!


Dari segi sejarah kedai buku adalah pasar ilmu. Ilmuwan menyerahkan karya tulisan tangan kepada pemilik kedai buku untuk dibeli oleh pelajar atau pencinta ilmu. Biasanya kedai buku juga adalah di kalangan cerdik pandai atau sekurang-kurangnya peminat buku.




Ada kalanya pemilik buku mencari ilmuwan untuk menulis sesuatu bidang kerana buku bidang berkenaan diperlukan oleh pelajar. Biasanya buku yang bernilai tinggi akan disalin oleh pelajar dengan izin penulis buku untuk disebarkan kepada pelajar lain.



Dengan adanya perkembangan mesin cetak, peranan kedai buku menjadi komersial. Pemilik kedai buku berpeluang mendapat keuntungan dengan jualan buku dan bahan cetak lain. Di Barat, perniagaan buku sangat menguntungkan. Setiap tahun dianggarkan tiga bilion buku diterbitkan di seluruh dunia (memerlukan 400,000 pokok untuk kertas). Dari segi segmen, buku terbahagi tiga iaitu buku saintifik, buku umum dan buku sekolah.


Sejak 1996, perniagaan kedai buku mendapat saingan daripada perniagaan melalui internet, khususnya Amazon. Buku yang dijual melalui Amazon lebih murah dan dapat diperoleh dengan cepat dan mudah. Sejak kebelakangan ini, buku mula dijual menerusi Kindell yang boleh memuatkan 1,500 buku dalam komputer riba kecil. 





Pada akhir 2009, syarikat komputer Apple mengumumkan versi iPhone terbaru yang mempunyai kemudahan seperti Kindell dengan kerjasama jaringan kedai buku terbesar iaitu Brooks and Nobel. Maknanya kita tidak perlu lagi ke kedai buku untuk membeli buku. Cukup sekadar talian internet untuk memesan dan membeli buku, dan membaca buku menerusi skrin komputer.


Saya tidak dapat menjangkakan nasib kedai buku pada masa akan datang. Apakah suasana seperti di Harvard Coop akan terus mewarnai ekosistem intelektual di sekitar kampus ternama? Hal ini tambah membimbangkan dengan pengumuman Bordes, kedai buku kedua terbesar di Amerika Syarikat minggu lalu untuk memfailkan Bab 11, perlindungan bankrap dalam usaha menangani hutang lebih AS$500 juta.


Saya juga tidak dapat menjangkakan ke mana lagi penggemar buku dan ‘penagih ilmu’ dapat bersantai untuk melihat korpus ilmu, atau sekadar menyemarakkan semula iltizam untuk menghayati budaya ilmu dengan secawan kopi.


Sesungguhnya telah sekian lama kedai buku sinonim dengan gaya hidup sarjana dan pelajar. Bagi saya, kedai buku juga semakin besar peranannya dalam menyuburkan daya fikir dan keinginan untuk terus berkarya. Dan pada minggu lalu, ketika bersantai di Harvard Coop, saya mendapat ketenangan secukupnya, sekali gus melakar gugusan ayat menyiapkan artikel ini.


Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)



Sumber: Berita Harian.


Internet je la sekarang ni. Kan ke mudah. Tak payah nak bersesak-sesak. Cuma kena sesak bila line berukben telah jadi fair-use sebab tak bayar! haha~


Internet mengurangkan kos, selain ia cepat. Sesaat pun kita dah boleh sampai Amerika. Sedangkan kalau nak pergi, mesti ambik masa 12jam. Giler kau, 12jam tu. Setengah hari. Dah boleh buat macam-macam perkara bagi orang yang rajin, bagi mereka yang malas, tak de buat apa pun.


Ok, jumpa di lain masa.. Jom baca buku di internet..


Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

1 comment:

Ramziah Mangsor said...

buku penting.. internet pun penting. utamakan mana yang utama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan