Hai pembaca semua.
Kita sebagai isteri dan ibu kebanyakannya tidak pandai sangat untuk mengendalikan gadet digital ni.
Jadi, jom usha ni..
![]() |
TIDAK semua antivirus hari ini berjaya mengekang manipulasi dalam mendapatkan data peribadi. |
UMUM mengetahui kepentingan melindungi data khususnya maklumat peribadi ketika menggunakan internet. Pengguna komputer, baik di rumah mahupun di pejabat kini lebih berwaspada hasil kempen kesedaran terhadap kepentingan menjaga maklumat peribadi atau syarikat.
Bagaimanapun, risiko dan cabaran dalam memelihara integriti data berubah mengikut arus perubahan masa dan teknologi.
Antivirus
Selain daripada tahap kesedaran yang semakin tinggi, teknologi aplikasi turut menyumbang dalam mengekang unsur-unsur berisiko terhadap pengguna. Antivirus kini lebih sensitif dan bukan sahaja mampu mengimbas kehadiran virus tetapi, juga ancaman lain seperti trojan, spyware dan pelbagai lagi.
Begitupun, tidak semua ancaman terhadap keselamatan maklumat melibatkan teknologi canggih. Teknik kejuruteraan sosial misalnya, penjenayah siber hanya perlu memperdayakan mangsa bagi membolehkan mereka mendapat maklumat peribadi yang tidak sepatutnya diberikan kepada pihak ketiga.
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "c844706c31390babbf49e69cf9fb3ace";
document.write('<scr' + 'ipt type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></scr' + 'ipt>' );
</script>
<!-- nuffnang-->