Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Tuesday, March 29, 2011

Tanda-tanda Dunia di Penghujung Nyawa



Assalamualaikum.

Hai pembaca yang dirindui.. :-)


Jom kita ambik tahu apakah yang dikatakan tanda-tanda dunia di penghujung nyawa.

 Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b.  Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:  
 
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari  kiamat.'Baginda  menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan  Baitulmuqaddis. '    
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...  

     
2)  Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang  seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka  pada zaman mereka
inilah kiamat akan  datang.'- Sahih Muslim  

~ dah nampak dah skrg...  


3)  Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah  runtuh, rusuhan &
perubahan  muka'. Ada yang bertanya  kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah  bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila  telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²  
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi  Fantasia,
Anugerah  Muzik...
     

   
4) Menghias masjid &  membanggakannya.

'Di antara tanda² telah dekatnya kiamat  ialah manusia
bermegahan dalam  mendirikan masjid'-  Riwayat Nasai.

~ memang dah  nampak dah...

 

5)  Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &  

hubungan  dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak  
perbuatan & perkataan keji,  memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam  
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak  pasal malu......

 

   
6)  Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  Allah mengambil
orang² yang  baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang  
tinggal padanya  kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf  dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para  ulama'yg tinggal...  
 

7)  Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat  ialah dunia akan
dikuasai oleh  Luka'bin  Luka'(orang yang bodoh  & hina).
Maka orang yang  paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang  diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George  Bush, Ariel Sharon & kat  Malaysia pun ada....  



8)  Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya  sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda² telah  dekatnya hari kiamat
ialah  manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang  
lain kecuali yang  dikenalnya saja.'- Riwayat  Ahmad

~ jiran sesama Islam  pon tak bertegur sapa...
     

9)  Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya  telanjang.

Diriwayatkan  dari Abu Hurairah r.a. 'Di  antara tanda² telah
hampir hari  kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila  mereka memakainya  keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube,  spaghetti strap, g-string etc..)...  



10)  Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda² telah dekatnya hari  kiamat ialah
menggelembung( membesarnya) bulan  sabit.'- Riwayat Thabrani  

~ tak caya gi tengok...  

 

11)  Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.  

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong²  besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita² yang belum  pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa² kamu  sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak  menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta,  akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie......  



12)Banyak saksi palsu  & menyimpan kesaksian yang benar.  

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari  kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan  kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes  peperangan Iraq ...  
 

13)  Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.  

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'-  Sahih Muslim

~ Dubai
dah turun  salji... Mina dah kene banjir...



TOLONG  INGATKAN PADA  SAHABAT² LAIN!  


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:  
   'Sampaikanlah pesanku biarpun 1  ayat...'


Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

2 comments:

Unknown said...

hm... kita semua makin pendek umo..begitu juga dengan dunia...nak share bole kat blog Yana..hehe..

Ramziah Mangsor said...

YANA: betul tu, makin dekat jer ajal dengan kita. boleh share, kredit link ke blog ini, okay..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan