Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Monday, March 21, 2011

Amalan terbaik jimat tenaga

Assalamualaikum.

Hai pembaca semua.


Amalan terbaik jimat tenaga

 
Masalah pemanasan global menyebabkan pelbagai pihak berlumba-lumba untuk mengurangkan penggunaan tenaga yang menyumbang kepada gas rumah hijau.
 
Terkini Emerson Network Power melancarkan Energy Logic, satu pendekatan baru meliputi teknologi piawaian industri dan amalan terbaik di mana pengguna akhir organisasi boleh digunakan bagi membantu mengurangkan penggunaan tenaga dalam pusat data.
 
Energy Logic mengemukakan pendekatan holistik bagi mengurangkan penggunaan tenaga pusat data tanpa mengurangkan pencapaian dan keupayaannya.
 
Menekankan kesan melata dalam penjimatan tenaga dari peralatan teknologi maklumat (IT) sehingga kepada sokongan infrastruktur, Energy Logic menggabungkan 10 amalan terbaik yang memberikan penjimatan dalam bahagian utama seperti kuasa, ruang dan penyejukan.
 
Pengarah Urusan, Rangkaian Kuasa Emerson, Asia Tenggara, Chan Chee Wah berkata, pengurus dan pereka pusat data, pengeluar peralatan IT dan penyedia infrastruktur perlu bekerjasama bagi mengoptimumkan keupayaan pusat data.
 
"Inisiatif pengurangan tenaga perlu bermula dengan polisi yang menggalakkan penggunaan teknologi IT yang efisien seperti pemprosesan kuasa rendah dan bekalan kuasa yang efisien," katanya.
 
Berdasarkan kepada tinjauan yang dijalankan baru-baru ini di kalangan pengurus pusat data di Amerika Syarikat (AS), didapati 79 peratus profesional IT percaya peningkatan keberkesanan kuasa dalam pusat data syarikat adalah penting.
 
Bagaimanapun hanya 17 peratus responden mempunyai strategi yang didokumenkan bagi mengurangkan penggunaan tenaga.
 
Selain itu, kajian oleh IDC menganggarkan ia boleh mencapai sehingga RM1.2 bilion setahun bagi menjana 1,000 isi padu unit pelayan pusat data.
 
Laporan berkenaan juga mendapati bahawa penggunaan tenaga dalam pusat data menggunakan sehingga 10 peratus perbelanjaan kebanyakan syarikat IT.
 
"Emerson Network Power telah menyatakan penjimatan yang boleh dicapai melalui turutan Energy Logic.
 
"Kajian dalaman kami menunjukkan dengan menggunakan pendekatan Energy Logic pada model pusat data bersaiz 5,000 kaki persegi boleh mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 52 peratus tanpa mengurangkan keupayaan IT," katanya.
 
Sepuluh amalan baik telah dikenalpasti daripada analisis peluang penjimatan tenaga yang diaplikasikan pada model pusat data bersaiz 5,000 kaki persegi berasaskan teknologi dunia sebenar.
 
Menerusi model berkenaan, Emerson Network Power berupaya mengurangkan penggunaan tenaga pada setiap aras serta dapat memastikan bagaimana pengurangan tenaga dalam kesan beberapa penggunaan sistem dalam sistem sokongan.
 
Kesan melata adalah penjimatan kuasa yang ada dalam setiap sistem sokongan yang disebabkan oleh pengurangan dalam penggunaan tenaga pada aras peralatan IT.
 
Pengurangan dalam bahagian permintaan seperti pemprosesan, pembekal kuasa pelayan, penyimpanan dan peralatan komunikasi melata menerusi bahagian bekalan seperti UPS, penyebaran kuasa, penyejuk dan pencahayaan.
 
Simposium Energy Logic yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini melibatkan beberapa peserta termasuk rakan ekosistem termasuk seperti IBM, Cisco dan Dell.
 
Siri simposium Energy Logic telah berjaya melibatkan lebih 5,000 golongan profesional IT dan telekomunikasi sekitar Asia Pasifik, mendedahkan mereka dengan platform bagi berkongsi pengetahuan, fikiran, pandangan dan pengalaman bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga dalam pusat data.


Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan