Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Monday, March 21, 2011

Kereta Bergerak Sendiri Masuk Laut

Assalamualaikum.

Masuk laut

Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
mriduwan@hmetro. com.my

MALANG...kereta Proton Gen2 milik Jimmy hampir tenggelam
selepas menggelunsur ke laut kia-kira 50 meter dari pantai.

MELAKA: Malang seorang pekerja kilang minyak yang sedang asyik menikmati hidangan makan malam di sebuah gerai di Pantai Puteri, Klebang dekat sini, awal pagi semalam, apabila kereta Proton Gen2 miliknya menggelungsur ke laut hingga hampir ditenggelamkan ombak Selat Melaka.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jimmy Labit, 34, berasal dari Sabah, berkata dia sedang menikmati makan malam bersama lima rakannya di sebuah gerai di situ, sebelum dikejutkan oleh jeritan orang awam mengenai sebuah kereta menggelungsur ke laut.

Jimmy berkata, sebaik mendengar jeritan orang ramai, dia bergegas ke tempat letak kereta walaupun tidak menyangkakan keretanya yang menjadi mangsa.

Katanya, sebaik diberitahu bahawa nombor pendaftaran kenderaan itu CCB 1107 adalah miliknya, dia terus meluru ke kereta yang sudah masuk ke laut itu, kira-kira 50 meter dari tempat asal ia diletakkan.

Menurutnya, dia tergamam apabila melihat Proton Gen 2 miliknya hampir tenggelam dengan orang ramai turut berkerumun di situ.

“Saya berasa seperti mimpi melihat apabila kereta saya masuk ke laut dan hairan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

“Saya sudah pastikan kereta berada dalam keadaan selamat termasuk mengunci dan menarik brek tangan ketika meletakkannya di situ. Mujurlah kereta saya dapat ditarik semula ke darat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jimmy, bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kejadian itu dan meminta diri kerana mendakwa mahu segera membuat laporan polis berhubung kejadian.

Kereta berkenaan berjaya ditarik ke darat menggunakan kren trak penunda hasil bantuan polis, kira-kira jam 4.30 pagi.

Kerja menarik kereta itu turut dibantu orang ramai yang bersimpati dengan menahan dan menolak kereta mangsa ke daratan.

Kereta itu kemudiannya di tunda ke Balai Polis Tanjung Keling di sini, untuk disimpan sementara siasatan kes itu.

Hingga tengah hari semalam, jurucakap polis Balai Polis Tanjung Keling yang dihubungi mengesahkan kereta itu berada di balai berkenaan, manakala pemiliknya masih belum membuat laporan berhubung kejadian itu.

Terima kasih sudi baca. Lawatlah lagi.

Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

5 comments:

shamyheart said...

kenapa ya?

shamyheart said...

kenapa kereta tu masuk dalam air? macam ada orang tolak jer.. tak pun tak tekan handbreak

Liza @ Adzriel AB said...

ada yg buat dengki ke? nasib tak terlanggar org lain. bahayakan.

Ramziah Mangsor said...

sha: itu la pasal

Ramziah Mangsor said...

adriel: mmg bahaya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan