Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Monday, February 21, 2011

Kilang padi 24 jam

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS





STOK padi di negeri-negeri di utara menyumbang 48 peratus bekalan beras negara.


MASYARAKAT Malaysia sudah terbiasa mengisi perut dengan nasi sehingga ia menjadi hidangan wajib bermula daripada sarapan pagi hinggalah makan malam. Malah, ada yang mengadu badan tidak bertenaga jika tidak menjamah nasi.


Namun beras bagi Pengurus Besar Sektor Perniagaan Beras Tempatan, Padiberas Nasional Bhd. (Bernas), Amiruddin Tajuddin bukan sekadar nasi tetapi ia begitu dekat di hatinya.


Apatah lagi sudah beberapa tahun beliau terlibat secara langsung memproses padi menjadi beras di kilang Bernas di negeri-negeri utara Semenanjung.


Para pesawah di utara kini sedang sibuk menuai padi yang mula masak.

Walaupun ada petani yang rugi besar selepas tanaman mereka musnah akibat banjir baru-baru ini, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang masih menyumbang sebanyak 48 peratus hasil bekalan beras dalam negara atau 400,000 tan beras pada musim yang akan berakhir Mac ini.


“Pesawah sudah mula menghantar hasil tuaian masing-masing dan mereka boleh memilih sama ada menghantar kepada Bernas atau kilang swasta.


Sibuk


“Kita sudah bersedia untuk menghadapi saat-saat ini dan dijangka operasi kilang menjadi lebih sibuk pada bulan depan,” tambahnya.


Kilang beras tidak seperti pejabat dengan pendingin hawa sentiasa terpasang. Di sini, habuk padi mendominasi hampir di semua ceruk. Para pekerja perlu memakai topeng muka lebih-lebih lagi semasa memunggah padi daripada lori.






Di kilang Bernas di Alor Setar misalnya, padi yang baru dituai akan ditimbang dan seterusnya mutu padi akan dikenal pasti berdasarkan kandungan padi muda di samping kotoran seperti jerami dan sekam.


Mesin pemisah akan digunakan untuk mengasingkan padi masak daripada bahan kotoran lain dan ia sekali lagi diasingkan sendiri oleh pegawai kualiti secara manual menggunakan tangan.


Wap air pada bijiran padi pula diukur menggunakan meter kelembapan.


Harga belian padi oleh Bernas akan mengikut timbangan yang dibuat ke atas padi masak selepas ditolak kandungan padi muda, kekotoran serta kelembapan.


PADI yang baru siap dituai akan dihantar terus ke kilang untuk diproses.


Suhu


Kadar ukuran tersebut adalah selaras dengan standard yang diguna pakai oleh negara-negara di rantau Asia.


Amiruddin berkata, stok padi itu kemudian akan dilonggokkan di satu tempat sebelum dimasukkan ke dalam jentera pembersih untuk mengasingkan padi masak dengan kotoran dan bahan asing lain.


“Hanya bijirin yang boleh menjadi beras akan melalui proses pengeringan seterusnya,” katanya kepada Jurnal.


Menurut beliau, padi masak akan dikeringkan menggunakan udara panas sehingga 40° Celcius yang dihasilkan daripada pembakaran sekam padi menggunakan mesin relau sekam siklonik (CHF).


“Kebiasaannya padi yang dibeli di pintu kilang beras Bernas mengandungi air melebihi 20 peratus dan ia perlu dikeringkan dengan segera bagi memastikan mutu padi tidak jatuh.


“Proses pengeringan mengambil masa kira-kira 18 jam sehingga wap basah bijirin padi turun antara 12 peratus hingga 14 peratus,” katanya.


Selepas itu, katanya, stok padi akan disimpan di gudang simpanan khas dan pemantauan terhadap kandungan wap basah, suhu padi dan jangkaan kualiti beras dilakukan secara berterusan agar kualiti padi terjamin.


“Proses simpanan padi ini perlu diawasi dengan baik agar stok padi itu boleh menghasilkan beras yang berkualiti tinggi,” jelasnya.


Dari gudang, ia akan mengalami satu lagi proses pembersihan menggunakan mesin yang berfungsi seperti pengayak dengan mengasingkan lebihan kotoran seperti padi hampa dan jerami yang tertinggal.


Seterusnya, padi masak akan dikupas kulit menggunakan mesin khas dan setelag selesai proses itu, padi akan bertukar menjadi beras perang.


Permukaan beras masih berwarna keperangan kerana ia diliputi dedak yang sebenarnya ber khasiat.


PADA musim menuai, kilang padi Bernas di Jitra, Kedah ini boleh memproses 250 tan padi sehari.


Gred




Menurut Amiruddin, proses membersihkan dedak pada bijiran beras adalah perlu kerana rasanya yang kurang enak.


“Proses itu dipanggil pemutihan dan ia menggunakan mesin yang boleh menjadikan beras bertukar kepada warna putih bersinar,” katanya.


Ujarnya, setelah selesai proses pemutihan, beras akan digredkan mengikut gred Super Tempatan 15 peratus (ST15).


“Di kilang Bernas ini, kita hanya proses beras mengikut gred ini dengan kandungan 85 peratus padi kepala beras dan 15 peratus lagi beras hancur,” katanya.


Beras yang sudah siap digredkan akan dikampitkan mengikut saiz yang ditetapkan seperti 1,000 kilogram (kg) menggunakan beg jumbo atau 10kg menggunakan kampit plastik.


Tambahnya, sebelum menunggu beras dijual kepada pemborong, ia perlu dijaga rapi bagi mengelakkan stok beras siap proses tersebut diserang makhluk perosak.


Mengguna pakai sekam sebagai bahan api untuk menghasilkan udara panas bagi proses pengeringan padi amat menjimatkan berbanding penggunaan bahan api diesel pada empat tahun lalu.


Menurut Amiruddin, teknologi pembakaran sekam menggunakan mesin CHF yang diguna pakai sejak tahun 2006 itu sangat menjimatkan kerana bahan bakarnya ialah kulit padi iaitu sekam.


Katanya, teknologi yang digunakan sekarang adalah melibatkan pembakaran sekam dan udara panas yang terhasil akan dialirkan ke tong-tong besar berisi padi untuk dikeringkan.


“Kebanyakan mesin di kilang Bernas adalah buatan Jepun dan India,” jelasnya sambil memberitahu Bernas memiliki sebanyak 31 kilang padi di seluruh negara.


Menurut Amiruddin, kilang akan beroperasi selama 24 jam sehari sepanjang musim menuai dengan keupayaan memproses sehingga 250 metrik tan padi sehari.




Sumber: Kosmo! Rencana Utama!»




Ok, dah habis baca berita, kita jom dengar ngomelan anak tani ni plak..


Ada jer orang yang tak pernah tengok pokok padi, kan?

Padi ni tumbuh dengan kawasan yang berkelembapan tinggi, ingat balik sains sekolah rendah, buat eksperimen tentang sebiji padi dan kapas lembap. Ha, ingat tak?Tak ingat? Aiyoo..

Ok la, aku cerita pasal nak tanam padi ni. Pengalaman? Pengalaman tak banyak, setakat bantu  mak ayah buat bendang ada la.


Mula-mula, bajak dulu kawasan yang dipilih supaya senang akar padi nak sua (hulur) dalam tanah. Kemudian,  padi akan ditanam atau ditabur dalam kawasan yang mempunyai air. Senang kira, orang buat bendang dan petak-petak supaya air boleh bertakung. Tak boleh banyak sangat air. Kena pantau air bila tumbesaran anak padi makin dewasa. Bila padi dah masak, sebolehnya, air tak boleh ada banyak. Biar lembap-lembap je. Kalau kering pun tak apa.

Dulu-dulu bajak guna kudrat kerbau. Sekarang ni, guna traktor atau kobotor.
Pikul anak padi

ni namanya menanam

'menanam' anak padi secara ramai-ramai dipanggil 'berderau'

tengok, cantik kan linenya?


air dan pokok padi sama penting

air ni tak banyak sangat.Macam ni la, tak boleh banyak sangat, nanti tercabut plak pokok tu.

kena buat pagar jugak. Mesti korang pun pernah dengar pepatah yang popular: harapkan pagar, pagar makan padi.


Itu bab air. Bab baja, kena la letak jugak. Racun kawalan serangga pun penting.


Ha, dah siap..


Selamat bertanam padi.

Jumpa lagi ya..



Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan