Sila Klik Pada Iklan

Search This Blog

Saturday, February 26, 2011

Apabila seorang raja gagap




IDEA itu sangat penting dalam membina sebuah cerita bagi memungkinkan lahirnya sebuah maha karya atau 'masterpiece'. Melihat seorang raja di sebuah empayar ternama yang cakap-cakapnya tergagap-gagap dan ucapannya tersangkut-sangkut, ia sudah cukup merimaskan.


Tapi itulah kejujuran dan keberanian pembikin filem di Barat yang tidak segan silu mendedahkan apa yang berlaku di dalam kedaerahan yang terlarang atau lebih tepat lagi institusi diraja mereka sendiri.


Friday, February 25, 2011

Internet semakin mencabar kedudukan kedai buku ternama

Hi..


Jom baca ni. Hehe~




2011/02/25
MELUANGKAN masa sepuas-puasnya di sesebuah kedai buku adalah antara keghairahan yang selalu dikaitkan dengan penghayatan budaya ilmu. Penggemar buku bukan saja tekun membelek halaman buku berjam-jam lamanya, sebelum mengambil keputusan membeli buku yang kadangkala mencecah ribuan ringgit harganya.

Tuesday, February 22, 2011

65 Maut dalam Gempa di Christchurch, New Zealand




PASUKAN menyelamat memanjat di atas bangunan Pyne Gould Guinness yang runtuh di Christchurch. Gempa bumi kuat menyebabkan bangunan runtuh pada ketika kesibukan hari bekerja menyebabkan sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh dan ramai lagi terperangkap dalam salah satu bencana alam terburuk melanda negara ini. - AP
Feb 22, 2011 4:04 pm


2011/02/22

CHRISTCHURCH, New Zealand: Gempa bumi kuat mengegarkan satu daripada bandaraya terbesar New Zealand hari ini, menyebabkan bangunan runtuh dan bas terhempap dan sekurang-kurangnya 65 orang maut dalam bencana alam terburuk negara itu.

Monday, February 21, 2011

Kilang padi 24 jam

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS





STOK padi di negeri-negeri di utara menyumbang 48 peratus bekalan beras negara.


MASYARAKAT Malaysia sudah terbiasa mengisi perut dengan nasi sehingga ia menjadi hidangan wajib bermula daripada sarapan pagi hinggalah makan malam. Malah, ada yang mengadu badan tidak bertenaga jika tidak menjamah nasi.


Namun beras bagi Pengurus Besar Sektor Perniagaan Beras Tempatan, Padiberas Nasional Bhd. (Bernas), Amiruddin Tajuddin bukan sekadar nasi tetapi ia begitu dekat di hatinya.


Apatah lagi sudah beberapa tahun beliau terlibat secara langsung memproses padi menjadi beras di kilang Bernas di negeri-negeri utara Semenanjung.


Para pesawah di utara kini sedang sibuk menuai padi yang mula masak.

Usah Menanti Syurga Di Pintu Neraka

Hi...

Sedikit tazkirah..


Usah Menanti Syurga Di Pintu Neraka







"Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui." (Surah al-Ankabut , ayat 64)

Melihat kepada fenomena hari ini, terdapat pelbagai ragam manusia. Ada kehidupan mereka yang tidak berubah-ubah sedari kecil, remaja, dewasa, tua dan sehinggalah ajal datang menjemput.


Tetapi ada juga yang berubah mengikut peredaran usia dan waktu serta keinginan hati mereka dalam mencari kebenaran dan arah tuju hidup.

'Saya Perlu Tepat Buat Keputusan'

'Saya Perlu Tepat Buat Keputusan'




NAJIB (di tengah) bergambar bersama sebahagian daripada blogger pada Jamuan Petang 1Malaysia dan Sesi Dialog Bersama Rakan Internet di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai peneraju negara beliau sentiasa memastikan semua keputusan yang dibuatnya adalah betul dan tepat bagi membolehkan Malaysia terus maju.


Perdana Menteri berkata, beliau perlu tenang dan tidak panik, cemas atau menggelabah dalam apa juga situasi kerana ia akan menyebabkan keputusan yang dibuat tidak tepat.


Katanya, pengalaman dalam politik selama hampir 35 tahun dengan mengharungi pelbagai krisis membolehkan beliau tabah terutama ketika berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam menerajui negara ini.


"Saya tidak boleh nampak menggelabah kerana dalam apa juga situasi sebagai pembuat keputusan muktamad bagi negara ini, saya perlu bertenang," katanya.

Sumber: Kosmo!


Wah, jeles dengan blogger yang sempat hadir. Aku tak sempat hadir. Ada tugas membebani.


Itu lah pemimpin. Kena berhati waja.

Eh teringat cerita dulu-dulu Hati Waja, drama bersiri. Lakonan Rusdi Ramli. Kisahnya nak belajar silat. Korang ingat tak?

Ok, dulu setakat hari ini.

Semoga berjumpa lagi.


Hati yang Ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.. Jagalah hati, jangan kau kotori. Jagalah hati, permata hidup ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Klik Pada Iklan